Tempahan Baju Raya Tahun 2011 telah dibuka.
Kalau Nak tahu lebih lanjut sila hubungi saya.
Kebiasaannya saya tutup sebulan sebelum raya.
Ok. sekian terima kasih.
Azira
27 Apr
Tempahan Baju Raya Tahun 2011 telah dibuka.
Kalau Nak tahu lebih lanjut sila hubungi saya.
Kebiasaannya saya tutup sebulan sebelum raya.
Ok. sekian terima kasih.
Azira
13 Aug
Kepada semua pelanggan,
Jika anda mempunyai soalan dan pertanyaan, sila hubungi saya melalui telefon atau SMS : Nor Azira – 017 319 5272
Saya mempunyai akses internet yang terhad.
Terima kasih.
Nor Azira
17 Mar
kepada semua pelangan yg berminat utk menempah sulam boleh hubungi saya.
sekiranya anda mempunyai design sendiri sila pos kpd saya.
ini adalah contoh yang telah ditempah oleh customer.
17 Oct
1. Call atau SMS kepada saya 017-3195272(Azira) untuk membuat tempahan.
2. Bila dah confirm. Pos kain ke nama dan alamat
Nama : Nor Azira Binti Daud
Alamat : Lot 1847, Jalan MARA, Kampung Kubang Panjang, 17000 Pasir Mas, Kelantan.
#Perhatian : Sila guna POS LAJU sebab kebanyakkan perkhidmatan pos lain tidak cekap. Kadang kadang ada baju yang sampai lambat dalam seminggu lebih.
3. Saya akan call/inform anda bila baju dah sampai. Dan akan send account bank kepada anda.
4. Sila buat bayaran separuh dari harga tempahan dan sila inform saya bila dah bayar.
5. Saya mula menjahit baju dan akan inform anda bila baju dah siap(Biasanya dalam 2 minggu).
6. Sila buat bayaran baki tempahan dan inform saya.
7. Saya akan pos ke alamat anda menggunakan POS Laju setelah saya check bayaran.
Kebiasaannya sehelai baju, bayaran pos adalah lebih kurang RM5.00
18 Jun
Peta DRA Collection
Sili Click Peta : http://dracollection.files.wordpress.com/2008/06/peta-pasir-mas.jpg
28 Mar
Baju kurung pesak gantung yang semakin popular telah menjadi fesyen terkini di kalangan wanita Melayu hari ini. Ini kerana ianya antara baju tradisional yang mudah untuk dipakai semasa menghadiri majlis atau untuk ke pejabat.
Baju kurung pesak gantung sesuai dipakai oleh semua bentuk potongan badan termasuk mereka yang bertubuh tinggi atau berbadan besar.
Bagi wanita gemuk atau bertubuh gempal, mereka dapat menyembunyikan bahagian tubuh yang berisi kerana pesaknya yang besar di bahagian bawah.
Kain sifon amat sesuai untuk orang berbadan besar membuat baju kurung pesak gantung kerana ianya lembut dan senang dibentuk.
Corak baju atau bunga juga memainkan peranan penting dalam pemilihan fabric. Bagi orang bertubuh gempal, bunga corak kecil atau sederhana amat sesuai.
Untuk meyerlahkan lagi baju kurung pesak gantung ramai orang menghiasi bajunya dengan manik atau labuci di tengkuk atau di lengan.
28 Mar
Cheong sam yang berasal dari Cina merupakan pakaian rasmi orang Cina.
Ia selalunya dipakai untuk menghadiri majlis rasmi atau upacara tertentu oleh masyarakat cina.
Rekaannya ialah labuh sehingga ke kaki dan berbelah di tepi serta mempunyai leher tekak musang.
Belahan ditepi memudahkan si pemakai untuk bergerak dan leher tekak musang menampakkan pakaian Cheong Sam lebih elegan.
Selalunya ramai si pemakai memilih kain yang lembut iaitu fabrik sutera untuk membuat Cheong Sam.
Anggaran fabrik ialah 4 meter untuk orang dewasa dan 3.35 meter untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Manakala kanak-kanak yang berumur 5 hingga 8 tahun adalah 3 meter dan ianya bergantung juga kepada saiz badan kanak-kanak.
Cheong Sam yang dipotong dengan ringkas dan selesa untuk dipakai sangat mudah didapati di pasaran.
25 Mar
Buat permulaan saya masukkan senarai harga untuk beberapa jenis pakaian di sini.
Baju Kurung Tradisional(Biasa) –> RM 27.00
Baju Kurung Riau / Pahang –> RM35.00
Baju Kurung Pesak Gantung –> RM35.00
Baju Kurung Moden –> RM45.00 keatas
Baju Kurung Kedah –> RM35.00
Baju Kebaya Labuh –> RM50.00 keatas
Baju Kebaya Singkat/ Nyonya –> RM45.00
Baju Kebaya Leher Tinggi –> RM45.00
Baju Cheong Sam –> RM45.00
Baju Blaus –> RM30.00
Skirt –> RM25.00
Baju Pengantin –> RM120.00 Keatas
Baju Melayu Dewasa-> RM 100.00 keatas
Baju Melayu Remaja (Bergantung kepada size) -> RM 70 Keatas.
Baju Melayu Kanak2 -> RM25 Keatas
Harga yang dinyatakan di atas tidak termasuk dengan harga pos. Harga pos berdasarkan POS LAJU Malaysia. Kebiasaanya RM6 semenanjung, RM8 Sabah & Sarawak untuk sepasang baju.
Sekiranya anda mempunyai design, sila pos design atau contoh baju kepada saya. Harga akan dibincangkan nanti.
25 Mar
Saya adalah seorang tukang jahit mahir. Tinggal di Pasir Mas, Kelantan.
Saya menerima semua jenis tempahan pakaian dalam kuantiti sedikit atau banyak.
Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan menjahit sila call saya atau hantar SMS ke 017-3195272(Azira).
Alamat saya, Lot 1847, Jalan MARA, Kampung Kubang Panjang, 17000 Pasir Mas Kelantan.
Saya juga menerima tempahan melalui Pos dari dalam dan luar Malaysia.
Perkhidmatan Pos yang saya guna adalah POS LAJU Malaysia.